Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain dicintai malaikat, amalan sedekah juga akan menjadi kekesalan terhadap orang yang sudah meninggal dunia. Jika golongan itu diberi peluang kedua untuk merasai hidup di dunia, peluang itu akan digunakannya untuk bersedekah semahunya.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu, Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau melambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang-orang yang soleh.”
Al-Munafiqun, 63:10