NEUFFAZ

Beyond Tahfiz

 

BUKAN SEKADAR MENGHAFAL AL QURAN.

Akademi Neuroquran telah berjaya membangunkan dua teknologi pengajian Al Quran iaitu Modul Intensif Tahfiz Neuffaz dan Kaedah Asas Mudah Belajar Al Quran Neuqra’. Telah digunapakai dalam sistem pendidikan Sekolah Tahfiz dan berjaya melahirkan Huffaz 30 juz seawal usia 15 tahun yang hebat dari segi kualiti Hafazan dan nilai kepimpinan diri dengan kelayakan Persijilan Tahfiz Antarabangsa (Tahfiz International School)

Selangkah ke hadapan  membawa anda, perintis al huffaz dan guru-guru menyambung pelajaran ke Diploma Profesional Pengajian Tahfiz (Kuala Lumpur International Education Consortium  certified by London Examination Board) 

NEUFAZZ

Beyond Tahfiz

 

BUKAN SEKADAR MENGHAFAL AL QURAN.

Akademi Neuroquran telah berjaya membangunkan dua teknologi pengajian Al Quran iaitu Modul Intensif Tahfiz Neuffaz dan Kaedah Asas Mudah Belajar Al Quran Neuqra’. Telah digunapakai dalam sistem pendidikan Sekolah Tahfiz dan berjaya melahirkan Huffaz 30 juz seawal usia 15 tahun yang hebat dari segi kualiti Hafazan dan nilai kepimpinan diri dengan kelayakan Persijilan Tahfiz Antarabangsa (Tahfiz International School)

Selangkah ke hadapan  membawa anda, perintis al huffaz dan guru-guru menyambung pelajaran ke Diploma Profesional Pengajian Tahfiz (Kuala Lumpur International Education Consortium  certified by London Examination Board) 

NEUFAZZ

Beyond Tahfiz

On-Demand Video Training ALQURAN DI MALAYSIA

 

BUKAN SEKADAR MENGHAFAL AL QURAN.

Akademi Neuroquran telah berjaya membangunkan dua teknologi pengajian Al Quran iaitu Modul Intensif Tahfiz Neuffaz dan Kaedah Asas Mudah Belajar Al Quran Neuqra’. Telah digunapakai dalam sistem pendidikan Sekolah Tahfiz dan berjaya melahirkan Huffaz 30 juz seawal usia 15 tahun yang hebat dari segi kualiti Hafazan dan nilai kepimpinan diri dengan kelayakan Persijilan Tahfiz Antarabangsa (Tahfiz International School)

Selangkah ke hadapan  membawa anda, perintis al huffaz dan guru-guru menyambung pelajaran ke Diploma Profesional Pengajian Tahfiz (Kuala Lumpur International Education Consortium  certified by London Examination Board) 

Penting ke  membaca Al Quran?

Lagipun membaca Al Quran  sunat je kan?

 Rasulullah menjawab dalam sabdanya.

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya :

“Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Sabda baginda lagi, ” Dengan banyak mengingati mati dan membaca Al Quran.”

Nak membaca Al Quran pun dah susah apatah lagi nak hafal?

Allah telah menjawab persoalan yang bermain di kepala kita 1400 tahun dulu, sebelum kita lahir lagi. Al Quran itu sebenarnya mudah untuk dibaca dan diingati (di hafal).

Firmannya  dalam Surah Al-Qamar ayat 17.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Allah SWT  ulang dan ulang lagi dalam 3 ayat lain di surah yang sama pada ayat 22,32,40.

 

Alangkah seronoknya dapat membaca Al Quran dengan baik. Membaca terasa asyik, bangkit perasaan  dekat dengan Sang Pencipta. Rasa semangat menghayati bait-bait bacaan dalam ibadah solat. Rasa khusyuk dan tenang hati. Tambah seronok bila cahaya mata pengarang jantung kita menghafal Kalam Allah yang suci. 

Tapi macam mana pulak nak rasa senangnya belajar, seronoknya membaca dan senangnya menghafal satu-satunya KALAM ALLAH ni? 

Bukan tulisan kita, bukan bahasa ibunda kita. 30 juzuk tu banyak, Tebal pulak tu, sampai 604 mukasurat. 

Boleh ke?

Impian kita sama. Untuk merealisasikan impian anda, Tim Neuroquran komited membangunkan modul asas belajar Al Quran  Neuqra’ seiring dengan modul Hafazan Neuffaz agar anda mudah belajar dan mudah menghafal.

Model pengajian ini dibangunkankan  atas kesedaran dan  kewajipan membantu umat Islam menguasai kemahiran membaca Kalam Allah, malah berpeluang menghafal dan mengamalkan isikandungnya.

 
 

MAKLUMAT LANJUT

KELAS MANGAJI NEUQRA'

BELAJAR MEMBACA DAN MENGHAFAL AL QURAN MUDAH DAN PRAKTIKAL-2

KELAS ASAS MENGAJI DAN MEMBACA AL QURAN KAEDAH NEUQRA’

KELAS TAHFIZ NEUFFAZ

KELAS TAHFIZ AUDIO
MENGHAFAL AL QURAN
STRESS FREE

1 KELUARGA MAHIR BACA AL QURAN

BELAJAR DAN MENGAJAR KAEDAH NEUFFAZ DAN NEUQRA” 

WAQAF SEKOLAH TAHFIZ AUDIO

SUMBANGAN
WAQAF PEMBELIAN
TANAH DAN PEMBANGUNAN
SEKOLAH TAHFIZ 

KELAS
MENGAJI
NEUQRA

KELAS ASAS MENGAJI DAN MEMBACA AL QURAN KAEDAH NEUQRA’

KELAS
TAHFIZ
NEUFFAZ

KELAS TAHFIZ AUDIO
MENGHAFAL AL QURAN STRESS FREE

SEMINAR KELUARGA MAHIR BACA ALQURAN

BELAJAR DAN MENGAJAR KAEDAH NEUFFAZ DAN NEUQRA” 

WAQAF
SEKOLAH TAHFIZ NEUFFAZ

SUMBANGAN
WAQAF PEMBELIAN
TANAH DAN PEMBANGUNAN
SEKOLAH
TAHFIZ 

SEJARAH AL QURAN

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :

  • Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
  • Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
  • Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

image_2022-12-11_222810

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ

 

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

 

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.

Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas; Allah SWT berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185) Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3) Firman Allah SWT,

إنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1) Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

 

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

 

Nabi Muhammad SAW telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakkannya buta huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampIr tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis ialah Abu Bakar alSiddiq, Umar bin al-Khatab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidullah, Abu Suffian bin Harb, Muawiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-A’la bin al Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk Mekah al-Mukarramah, manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin Said, Abi bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan al Munzir bin Amru.

Penulisan dan Pengumpulan Al-Quran Pada Zaman Rasulullah SAW

Menurut ahli sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zanam Nabi Muhammad SAW di mana sebaik sahaja Rasulullah SAW menerima wahyu. Baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah SAW ialah Khulafa’ al Rashidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al Khattab, Saiyida Uthman bin Affan dan Saiyidina ali bin Abi Talir r.a., serta sahabat baginda yang lain seperti Saiyi dina Zaid bin Thabir, Ubai bin Ka’ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.

 

Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka kebih mengutamakan hafazan.

Penulisan al-Quran Pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.

Selepas Rasulullah SAW wafat, para sahabat telah melantik Saiyidin  Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan alYamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid. Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al Quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut.

 

Peristiwa berkenaan telah nendorong Saiyidina Umar bin al-Khatab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq supaya diadakan usaha pengumpulan al-

Quran kerana dibimbingi al Quran akan terhapus dengan sebab ramai al Qurra’ yang gugur syahid. Akhirnya Khalifah Abu Bakar al Siddiq bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah SAW dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran Suhuf.

 

Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, Suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al Khatab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al Khattab r.a. wafat, lembaran Suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummu al Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al Khattab r.a.

 

Penulisan al-Quran pada zaman Saiyidina Usman bin Affan r.a.

Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a., Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lainlain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah SAW melalui riwayat bacaan para sahabat yang mahsyur antaranya:

  1. Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai Bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a.

2. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan Abu Daud r.a..

3. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha’ari r.a.

4. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit r.a.

PERBALAHAN PERBEZAAN BACAAN

Pada tahun 25 hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-Quran. Perkara ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman kepada Saiyidina Uthman bin Affan. Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin Zubair, Said bin al-‘As dan Abdul Rahman bin al-Harith bin Hisyam r.a..

PEMBUKUAN SEMULA MUSHAF (AlQURAN)

KELAS MANGAJI NEUQRA'

BELAJAR MEMBACA DAN MENGHAFAL AL QURAN MUDAH DAN PRAKTIKAL-2

KELAS ASAS MENGAJI DAN MEMBACA AL QURAN KAEDAH NEUQRA’

KELAS TAHFIZ NEUFFAZ

KELAS TAHFIZ AUDIO
MENGHAFAL AL QURAN
STRESS FREE

1 KELUARGA MAHIR BACA AL QURAN

BELAJAR DAN MENGAJAR KAEDAH NEUFFAZ DAN NEUQRA” 

WAQAF SEKOLAH TAHFIZ AUDIO

SUMBANGAN
WAQAF PEMBELIAN
TANAH DAN PEMBANGUNAN
SEKOLAH TAHFIZ 

KELAS
MENGAJI
NEUQRA

KELAS ASAS MENGAJI DAN MEMBACA AL QURAN KAEDAH NEUQRA’

KELAS
TAHFIZ
NEUFFAZ

KELAS TAHFIZ AUDIO
MENGHAFAL AL QURAN STRESS FREE

SEMINAR KELUARGA MAHIR BACA ALQURAN

BELAJAR DAN MENGAJAR KAEDAH NEUFFAZ DAN NEUQRA” 

WAQAF
SEKOLAH TAHFIZ NEUFFAZ

SUMBANGAN
WAQAF PEMBELIAN
TANAH DAN PEMBANGUNAN
SEKOLAH
TAHFIZ 

Lembaran-lembaran Suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mashaf.

Ketika ahli-ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para al-Qurra’. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al-Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.

Menurut pendapat yang muktamad, jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mashaf al-Quran. Sebuah mashaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan “Mashaf al-Imam” dan mashaf yang lain-lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.

Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah-wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama samanya seorang imam (qari) yang adil dan mutqin (mahir) di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri daripada:
i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah.
ii. Al-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.
iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami
r.a. ke Kufah.
iv. Amru bin Qais r.a. ke Basrah.
v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah

Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan (wajah al-Qiaraat) yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mazhab yang ditulis pada Zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari baginda Rasulullah SAW secara mutawatir.

 

Usaha pengumpulan al Quran yang dilakukan pada zaman khalifah Usman bin Affan r.a. telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:
i. Dapat menyelamatkan umat Islam dari per pecahan.
ii. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran.
iii. Dapat menyatukan bentuk mashaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan.
iv. Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mashaf.
v. Dapat menyelaraskan susunan ayat-ayat menurut tertib seperti yang ada sekarang ini.

MENGAPA KITA MENGGUNAKAN AL QURAN RASM UTHMANI

Mushaf Al Quran resam Uthmani  memudahkan bacaan dalam qiraat pelbagai, iaitu 10 jenis qiraat dan dipersetujui 12,000 sahabat yang memperakui itulah al-Quran yang mereka baca dengan Rasulullah SAW. Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:

1.   Mengikut sunah Rasulullah SAW.
2.   Mengikut tulisan al Quran yang Imla’i.
3.   Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar dari maksud yang sebenar.
4.   Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis bacaan).
5.   Sebagai hujjah kepada bahasa al-Quran yang fasih.
6.   Dipersetujui oleh lebih 12, 000 orang sahabat.
7.   Salah satu dari mukjizat al-Quran.
8.   Bertepatan dengan riwayat bacaan mutuwatir.
9.   Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.
10. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujjahhujjah yang jelas.

11. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).
12. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.

PERUBAHAN TEKNOLOGI PENULISAN ALQURAN

NASKHAH kitab al-Quran yang ada pada hari ini lengkap dengan titik dan tanda baris serta wakaf yang mudah untuk kita membacanya, melalui lima fasa bermula dengan penulisan wahyu Allah SWT oleh sahabat RA pada zaman Rasulullah SAW.

1. Peringkat pertama, ayat al-Quran yang ditulis masih tidak mempunyai titik dan baris kerana Al Quran difahami oleh penduduk Islam Mekah dan daerah arab yang berbahasa arab.

2. Peringkat kedua, Abu al-Aswad al-Duali seorang pakar bahasa dan penyusun nahu Arab meletakkan titik  bagi menandakan baris. Titik di atas huruf bermaksud baris atas, bawah huruf pula baris bawah dan selepas huruf untuk baris depan. Beliau meninggal dunia pada tahun 69 hijrah pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian).

3. Peringkat ketiga, Nasir bin Asim al-Lisi (anak murid beliau) dan  Yahya bin Ya’mar meletakkan titik pada huruf (nuktatul i’jam). Contohnya, huruf nun satu titik di atas, ba satu titik di bawah dan seterusnya supaya umat aIslam boleh membezakan bunyi huruf dan mengelakkan kekeliruan bacaan Al Quran. Ia dibuat semasa pemintahan gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi.

4. Peringkat keempat, Al Quran mula diletakkan tanda baris seperti tanda bacaan panjang pendek yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

 

5 Peringkat terakhir,  ulama terkenal Al-Sajawandi meletakkan tanda wakaf iaitu  tempat yang sesuai untuk berhenti. Itulah fasa terakhir hingga terhasil al-Quran yang dapat dibaca dan dihafaz oleh kita hari ini.

 

Al-Quran sekarang ditulis dengan khat yang lebih cantik berbanding dahulu yang hurufnya terpisah. Biarpun berbeza tetapi bacaan tetap sama, malah tidak ada satu pun yang diubah.

Di Jerman, naskah Al Quran pertama kalinya telah dicetak menggunakan khat nasakh di Hamburg pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya diccetak di Negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.

KELAS MANGAJI NEUQRA'

BELAJAR MEMBACA DAN MENGHAFAL AL QURAN MUDAH DAN PRAKTIKAL-2

KELAS ASAS MENGAJI DAN MEMBACA AL QURAN KAEDAH NEUQRA’

KELAS TAHFIZ NEUFFAZ

KELAS TAHFIZ AUDIO
MENGHAFAL AL QURAN
STRESS FREE

1 KELUARGA MAHIR BACA AL QURAN

BELAJAR DAN MENGAJAR KAEDAH NEUFFAZ DAN NEUQRA” 

WAQAF SEKOLAH TAHFIZ AUDIO

SUMBANGAN
WAQAF PEMBELIAN
TANAH DAN PEMBANGUNAN
SEKOLAH TAHFIZ 

KELAS
MENGAJI
NEUQRA

KELAS ASAS MENGAJI DAN MEMBACA AL QURAN KAEDAH NEUQRA’

KELAS
TAHFIZ
NEUFFAZ

KELAS TAHFIZ AUDIO
MENGHAFAL AL QURAN STRESS FREE

SEMINAR KELUARGA MAHIR BACA ALQURAN

BELAJAR DAN MENGAJAR KAEDAH NEUFFAZ DAN NEUQRA” 

WAQAF
SEKOLAH TAHFIZ NEUFFAZ

SUMBANGAN
WAQAF PEMBELIAN
TANAH DAN PEMBANGUNAN
SEKOLAH
TAHFIZ 

Apa Kata Pelajar Kami?