NEUFFAZ TAHFIZ AUDIO
Program Hafazan Al-Quran Online Berkonsepkan Audio, Inspirasi Kaedah Nabi Muhammad SAW.
Program Hafazan Al-Quran Online Berkonsepkan Audio, Inspirasi Kaedah Nabi Muhammad SAW.
Kenapa Pilih Neuffaz?
Neuffaz adalah platform hafazan Al-Quran yang unik, mengadaptasi cara Nabi Muhammad SAW menghafal Al-Quran bersama Malaikat Jibril: mendengar, mengikuti, dan mengulang sehingga sempurna. Dalam era moden, kami membawa konsep ini dengan menggunakan audio qari potongan ayat per baris untuk memudahkan pelajar mendengar dan menghafal dengan lancar.
✅ Hafal 1-2 muka surat dalam hanya 3 jam!
✅ Belajar sepenuhnya online dari rumah – lebih fleksibel dan selamat.
✅ Tiada tekanan, anak anda tetapkan target hafazan sendiri mengikut kemampuan.
✅ Laporan kemajuan Google Sheet untuk ibu bapa memantau setiap perkembangan.
✅ Selamat daripada risiko seperti buli, salah laku sosial, merokok, dan tekanan target rigid.
Modul pengajian Al-Quran Kaedah Neuqra’ dan Modul Tahfiz Kaedah Neuffaz menarik, berkesan kerana sesuai dengan fitrah pelajar dan telah membantu melahirkan generasi celik Al Quran dengan keunikan carapembelajaran moden yang praktikal dan interaktif.
Inovasi baru ini membantu memudahkan proses pengajian hafazan dan Al quran, menyeronokkan dan tak stress dengan pendekatan VAKS (visual, auditori, kinestetik, spiritual) iaitu model pembelajaran neurosains.
Cara Kami Membantu Anak Anda Berjaya
1️⃣ Audio Bacaan Qari Bertarannum – Membantu pelajar fokus pada hafazan dengan lebih mudah.
2️⃣ Pendekatan Tanpa Tekanan – Kami memantau kemajuan mereka secara fleksibel dan menaikkan target hanya apabila mereka bersedia.
3️⃣ Sistem Online yang Selamat – Tiada risiko dari masalah sosial di asrama.
4️⃣ Bimbingan Berfokus – Setiap pelajar diberi perhatian individu untuk memastikan mereka berjaya.
Kajian menunjukkan bahawa otak manusia mengingat ilmu baru dengan lebih cepat dan cekap bila kita tahu caranya. Keupayaan otak mengingat menjadi lebih hebat dengan kaedah sistematik,suasana menyenangkan dan sokongan yang positif sebagaimana contoh bimbingan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W yang diamalkan lebih 1400 tahun dahulu.
Inovasi ini juga membantu guru menyelaras bimbingan, pemantauan dan penilaian sesuai dengan perkembagan pelajar secara bersistem dan berterusan dapat meningkatkan kecemerlangan di bidang pelajaran dan kehidupan.
Bermulanya pada Januari 2024 kaedah Pendidikan dan Pembelajaran (PNP)telah di tukar sepenuhnya dari PNP offline kepada PNP OnLine sepenuhnya menggunakan platform zoom, telegram dan google class.
Para pelajar juga perlu menghantar rakaman hafazan mereka setiap hari untuk di Tasmik oleh guru sebelum bertukar ke hafazan yang baru.
Borang Pendaftaran Dan Temuduga Pelajar dan ibubapa secara online
TERMA DAN SYARAT
Wajib menghadiri temuduga.
Berumur dari 7 hingga 14 tahun. lelaki dan perempuan.
Ibubapa dan pelajar boleh memberikan kerjasama dengan pihak sekolah.
Sijil berhenti,slip peperiksaan sekolah, laporan disiplin pelajar dari sekolah terdahulu.
Salinan my kid, surat beranak dan salinan kad pengenalan ibubapa.
WARIS SAH(hak penjagaan) jika anak yatim piatu/cerai.
Pembayaran yuran bulanan sebelum 1hb pada setiap bulan. dan perlu di bank in kan.
Mengisi borang lengkap dengan gambar pasport 4 keping