>> KELAS TAHFIZ AUDIO NEUFFAZ <<
TAHFIZ AUDIO NEUFFAZ HARIAN SEPENUH MASA
KAEDAH PENGAJIAN TAHFIZ MODEN BERDASARKAN KAJIAN SAINS DAN AL QURAN
Bukan sekadar mengajar. Program pembelajaran luar biasa yang disesuaikan dengan keperluan pengajian dan perkembangan semulajadi mereka. Pendekatan pembelajaran neurosains – kajian teori kerja otak dan saraf.
Kelas Tahfiz Harian KAEDAH NEUFFAZ menjadi pilihan Utama kerana inovasi pengajian Tahfiz Moden Kontemporari ini telah Merungkai rahsia hafal Al Quran dengan mudah tanpa stress.
Modul pengajian Al-Quran Kaedah Neuqra’ dan Modul Tahfiz Kaedah Neuffaz menarik, berkesan kerana sesuai dengan fitrah pelajar dan telah membantu melahirkan generasi celik Al Quran dengan keunikan carapembelajaran moden yang praktikal dan interaktif.
Inovasi baru ini membantu memudahkan proses pengajian hafazan dan Al quran, menyeronokkan dan tak stress dengan pendekatan VAKS (visual, auditori, kinestetik, spiritual) iaitu model pembelajaran neurosains.
Kajian menunjukkan bahawa otak manusia mengingat ilmu baru dengan lebih cepat dan cekap bila kita tahu caranya. Keupayaan otak mengingat menjadi lebih hebat dengan kaedah sistematik,suasana menyenangkan dan sokongan yang positif sebagaimana contoh bimbingan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W yang diamalkan lebih 1400 tahun dahulu.
Inovasi ini juga membantu guru menyelaras bimbingan, pemantauan dan penilaian sesuai dengan perkembagan pelajar secara bersistem dan berterusan dapat meningkatkan kecemerlangan di bidang pelajaran dan kehidupan.
///////////////////////////////////////////////////////////////////////
CARA PENYAMPAIAN KURIKULUM DAN KO KURIKULUM
Bagaimana pembelajaran aktiviti pengajian di sampaikan:
1.Wujudkan penglibatan dua hala. ( murid dan guru)
2.Kaedah v.a.k.s lebih bersifat kekeluargaan ( Sunnah)
3.Ada komunikasi dua hala
4.Bebas bergerak secara terkawal supaya tak bosan.
5.MODEL pembelajaran vaks Menggunakan
5.1. Daya VISUAL DAN VISUALISATION ,
5.2. AUDIO – Pendengaran
5.3. Kinestetik – pergerakan, aktiviti
5.4. Spiritual – bimbingan rohani
5.5. TOLERANSI
////////////////////////////////////////////////////////////////////////
SILIBUS PENGAJIAN TAHFIZ AUDIO NEUFFAZ
KURUKULUM DAN KO-KURIKULUM
1. Pengajian hafazan sebagai mata pelajaran utama.
2. Pengajian agama sebagai matapelajaran
tambahan
Tilawah
Ibadah
Akidah
Adab
Penulisan Khat
Jawi
Penulisan Hafalan Al Quran (Tahriri)
Tajwid
Asas Agama Islam
Asas Bahasa Arab komunikasi
SURAH PILIHAN
Yasin
Al-Mulk
Waqiah
As-Sajadah
- Al-Insan
- Ar-Rahman
- Juz 30
- Juz Amma ( juz 30)
3. Alat bantu mengajar (ABM)
Mushaf / Al Quran terjemahan.
Alat perakam Suara audio (Headset) mp3 bacaan Al Quran.
Audio Visual
doa-doa pilihan dan latihan Bahasa arab.
Buku-buku dan bahan rujukan
4. Ko-kurikulum:
Berzanji
Tarannum
Sukan memanah
Permainan minda ( Board games, Lego, puzzle)
Playtime
5. Bahan Pembelajaran :
Al –Quran / Al Quran Terjemahan
Alat bantu mengajar iaitu peralatan audio (Headset) untuk pengisian potongan audio bacaan Ayat Al Quran.
6. Matlamat pencapaian hafazan (target)
Berpandukan ketetapan piawai dan kemampuan pelajar.
Piawai ditetapkan melalui:
Ujian kemampuan.
Sesi revisi penetapan matlamat 4 bulan sekali atau 3 kali setahun.
Laporan prestasi hafazan harian.
Laporan prestasi pepriksaan penggal 1 dan 2.
KELAS YANG DITAWARKAN
1. 🎧 Set hafazan audio
2. 📚🎓 Modul Khas Hafazan
🎧 Audio (hafaz)
📖qiraat (bacaan)
📝tahriri (penulisan)
3. 📙📑Tajwid
4. 📖Tilawah Al Quran
5. 📔Fardhu Ain
6. 📝📖Jawi
7. 📝Khat
8. Komputer
9. 📚📒✏ bahan pembelajaran,
10. Fail📂, 📊📈laporan prestasi
11. 📄🎓peperiksaan berkala
TERMA DAN SYARAT
Wajib menghadiri temuduga.
Berumur dari 7 hingga 14 tahun. lelaki dan perempuan.
Ibubapa dan pelajar boleh memberikan kerjasama dengan pihak sekolah.
Sijil berhenti,slip peperiksaan sekolah, laporan disiplin pelajar dari sekolah terdahulu.
Salinan my kid, surat beranak dan salinan kad pengenalan ibubapa.
WARIS SAH(hak penjagaan) jika anak yatim piatu/cerai.
Pembayaran yuran bulanan sebelum 1hb pada setiap bulan. dan perlu di bank in kan.
Mengisi borang lengkap dengan gambar pasport 4 keping
MAKLUMAT PENTING
– Pelajar tiada masalah disiplin dan keruntuhan akhlak
– Tidak merokok,ketagihan dadah,kes polis atau mahkamah
– Tidak dipaksa oleh ahli keluarga.
– Sihat tubuh badan jasmani dan rohani.
– Pelajar dan ibubapa harus akur dengan keputusan PPHAF sepenuhnya.
– Makanan dan minuman adalah sangat sederhana.
– Permintaan khusus tidak akan di layan.
– Sedia di tarbiah dalam apa jua bentuk keadaan.
– Kemasukan pelajar adalah untuk melahirkan da’i dan huffaz al quran
– PPHAF bukan Pusat Pemulihan Akhlak dan tempat pembuangan pelajar
– Tidak di benarkan mengambil/mengenakan tindakan undang-undang kepada PPHAF
– Tidak di benarkan mengaib / mengumpat / memfitnah PPHAF dalam apa cara sekalipun khususnya di media sosial.
– Ibubapa / waris komited100% dalam hal ehwal yuran dan perkara berkaitan kewangan pelajar.