>> KELAS MENGAJI KAEDAH NEUQRA' FASOHAH <<
- KELAS NEUQRA’ ASAS DEWASA
- KELAS NEUQRA’ ASAS KANAK-KANAK
- KELAS MENGAJI NEUQRA’ FASOHAH DEWASA
- KELAS MENGAJI NEUQRA’ FASOHAH KANAK KANAK
KELAS NEUQRA FASOHAH
KENAL, FAHAM, INGAT. MUDAHNYA BELAJAR AL QURAN
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, ” Dengan banyak mengingati mati dan membaca Al Quran.”
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Teknik Neuqra’ telah disusun khas untuk membantu golongan dewasa dan kanak-kanak menguasai sebutan huruf-huruf Al Quran dengan betul dan dengan cara yang mesra perkembangan semulajadi otak berkonsepkan stress free learning. Para pelajar juga akan di berikan latih tubi yang padat dalam usaha untuk memahirkan menyebut dan membezakan setiap bunyi serta sifat huruf.
Berapa lama masa untuk belajar kaedah ini? ianya bergantung kepada individu. matlamat pengajian ini adalah membaca al quran dengan tepat dan sempurna makhraj serta sifat hurufnya.. Sesi pembelajaran yang sangat santai sehinggakan tak sedar masa berlalu.
Kelas adalah seminggu sekali dua jam sahaja… hari kelas adalah bergantung pada jumlah pelajar yang mendaftar kerana setiap kelas hanyalah seramai 25 org pelajar sahaja.