
NEUQRA'
Ahli Al-Quran adalah Orang Yang Arif di Syurga
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga.”
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga.”
Sebagaimana Al Quran kalam Allah menjadi rahmat dan syifa kepada sekelian manusia, Kelahiran Neuqra’ merupakan anugerah Allah yang tak ternilai bagi kami para guru khasnya dan masyarakat sekeliling amnya.
Sebelum ini di Pusat Pengajian Al Quran, kami berhadapan dengan cabaran yang hebat dalam usaha untuk membimbing pelajar-pelajar menguasai kemahiran membaca dan menghafal Al Quran dengan baik bertepatan makhraj dan hukum. Pelbagai cara digunakan tetapi hampa hinggalah kami temui rahsianya pada tahun 2015.
Tetapi waktu itu, kami buntu tak tahu nak buat apa, nak kembali ke muqaddam atau buat sesuatu. Akhirnya kami bulatkan tekad. Di situlah bermulanya idea pembangunan modul pembelajaran asas Al Quran.
Usaha berlarutan hingga 3 tahun. Tim bertukar silih berganti, semangat turun naik namun percubaan dan penambahbaikan diteruskan, meski berdepan cabaran. Akhirnya, kami dapat manarik nafas lega melihat pelajar-pelajar berjaya menguasai tahap bacaan Al Quran yang memuaskan. Satu perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata setiap kali mendengar alunan bacaan mereka.
Pada tahun 2018, barulah Kaedah ini beroleh nama. NEUQRA’ FASOHAH, diolah dengan mengunapakai teknologi “Neuro Learning” berasaskan kajian neurosains untuk merangka satu sistem pembelajaran Al Quran yang sesuai dengan kemampuan individu.
Tujuannya hanyalah untuk memudahkan pelajar membaca Al Quran dengan baik. Belajar menggunakan BAHASA OTAK iaitu belajar dengan cara yang otak suka memudahkan kita menyempurnakan bacaan Al Quran yang baik mengikut lahjah Arab dari segi sebutan, tona dan tajwid. Belajar terasa seronok dan mudah ingat.
Kaedah pembelajaran ini juga kami suka panggil dengan “Self corrector” ataupun “pemeriksa peribadi” di mana kita dapat mengenalpasti kesilapan semasa membaca Al Quran.
Menarik tentang KAEDAH NEUQRA’ FASOHAH ADALAH:
Bagaimanakah kaedah pembelajaran untuk program pengajian ni di jalankan?
Kaedah pembelajaran yang diterapkan adalah secara berkumpulan di dalam kelas dan sangat fleksibel khas bagi mereka yang mahukan pembelajaran yang santai, untuk mereka yang bekerja, suri rumah atau pesara.
Adakah pelajar akan di ajukan dengan persoalan secara individu?
Tidak…. kerana kami amat menjaga sensitiviti setiap pelajar.
Adakah pelajar akan di suruh membaca alquran secara berseorangan di dalam kelas?
Tidak…. untuk peringkat awal kaedah NEUQRA’ FASOHAH ni lebih kepada belajar menyebut menyempurnakan makhraj huruf dahulu.
Adakah pelajar boleh bertanyakan soalan tentang Al Quran pada ustaz @ ustazah di luar waktu kelas ?
Ya BOLEH…. tiada halangan bagi pelajar untuk bertanyakan soalan pada ustaz@ustazah berkenaan dengan Al Quran. Lagi banyak tanya, lagi baik….
Siapakah pengasas kaedah NEUQRA’ FASOHAH?
Pn. Normah Binti Mohd Noh telah berkecimpung dalam bidang pengajian Al Quran hampir 15 tahun membantu ribuan pelajar belajar dan menghafaz Al Quran.
Kejayaan dicapai dengan sokongan dan bantuan suami En.Kamaruddin Bin Azmi yang juga pengasas bersama Pusat Pengajian & Hafazan Al Quran Bukit Katil Melaka, Malaysia.
Selain berpengalaman mengajar Al Quran sejak 9 tahun yang lalu, En Kamaruddin juga speaker profesional motivasi dan pembangunan diri.
Pengalaman dan cabaran sepanjang mengendalikan program latihan dan pengajian sejak tahun 2011 di peringkat sekolah, jabatan kerajaan dan swasta melatih lebih 8,000 peserta dalaman dan luaran memberikan kami pelbagai pengajaran dan pengalaman.
Masalah, cabaran serta keperluan masyarakat terhadap ilmu Al-Quran yang menekan melahirkan tekanan perasaan yang kuat untuk kami lakukan sesuatu dalam mencari jalan penyelesaian bagi menambahbaik kualiti pengajian Al Quran mereka.
Usaha pembangunan sistem dan cara pengajaran AL Quran yang lebih berkesan dijalankan berperingkat sejak tahun 2011 untuk meningkatkan kualiti penguasaan bacaan dan Hafazan pelajar-pelajar dengan menitik beratkan kemahiran dasar pengajian Al Quran iaitu kemahiran fasih membaca bagi membantu pemula khasnya dan pembaca Al-Quran amnya sebagai langkah tahsin sebelum menjelajah lebih jauh dalam pengajian Al-Quran hinggalah lahirnya neuroquran pada tahun 2019
Adakah modul yang akan di pelajari?
Antara yang anda perolehi dengan belajr kaedah NEUQRA’ FASOHAH
Siapakah tenaga pengajar untuk kaedah NEUQRA’ FASOHAH ini?
Modul pengajian kaedah NEUQRA’ FASOHAH di hasilkan oleh Pn Normah dan En. Kamaruddin . En. Kamaruddin adalah penyampai utama modul kepada pelajar bersama kumpulan pelatih yang berpengalaman. Keseluruhan sesi pembelajaran akan dikendalikan oleh En. Kamaruddin sendiri.
Sekiranya saya mempunyai sebarang masalah dalam pembelajaran saya dan kurang faham semasa sesi kelas sedang berlangsung, apakah bantuan yang akan saya dapat selain dari menghadiri kelas?
Pelajar boleh mendapat bantuan dan bimbingan serta konsultansi tambahan bersama guru berpengalaman secara bersemuka ataupun online. Boleh dilakukan berseorang (one-on-one) bersama guru atau secara berkumpulan. Pusat latihan kami adalah sangat selesa dan kondusif!
Siapakah terbaik untuk menyertai kelas ini?
Terbuka untuk semua golongan. bermula dari kanak-kanak berumur 7thn hingga ke peringkat dewasa sehingga 80thn
Berapa lamakah kelas ini akan berlangsung?
setiap sesi hanya 2 jam cuma tiada tempoh tertentu yang di tetapkan. matlamat kami adalah memastikan pelajar mendapat kemahiran yang optima dalam pembacaan Al Quran
Berapakah yuran untuk menghadiri kelas ini?
Cara pembayaran yuran adalah dengan menggunakan kad kredit ataupun tunai/cek secara penuh. Pembayaran penuh ketika pendaftaran akan mendapat RM300 diskaun. Selepas diskaun, bayaran penuh adalah RM 200. RM100 yuran pendaftaran dan RM100 adalah yuran bulanan yang perlu di jelaskan setiap bulan sebelum 1hb pada setiap bulan
Bilakah pengambilan seterusnya akan dibuka dan kelas bermula?
Kelas ini kini sedang membuka pendaftaran untuk sepanjang tahun.
OK! Saya bersedia untuk daftar pengambilan ini. Apakah langkah yang perlu saya ambil?
Langkah pertama, anda perlu klik butang daftar kelas di bawah untuk arahan seterusnya….
Kelas mengaji mingguan dewasa dan kanak-kanak
No. 5A, JALAN IKS BK 1, TAMAN IKS BUKIT KATIL, 75450 MELAKA, MALAYSIA
MON-FRI 09:00 – 17:00