Bila anak tanya kita… kita akan mula paskan soalan tu pada pasangan kita. perkara ni biasa terjadi dalam masyarakat kita. betapa ramai yang mula meninggalkan al quran. Mengikut satu kajian yang telah di lakukan oleh sekumpulan pelajar di salah sebuah universiti yang terkemuka di tanah air kita. Kajian yang di lakukan adalah tentang solat dan hasilnya 75 hingga ke 80% rakyat malaysia yang beragama islam tidak solat. Satu jumlah yang sangat besar. Faktor utamanya adalah sebab tak tahu nak baca al quran.
Ada pulak kawan yang racun pemikiran kita.
“ko tak tahu baca quran macam mana nak solat? buat tambah dosa jer…”
Hihihi…. tak per, jangan salahkan mereka. Sesungguhnya mereka pun tak tahu…
Ok. Untuk saya bantu anda semua, perkara pertama yang anda perlu buat adalah:
1. Kosongkan minda untuk menimba ilmu yang baru.
– sebabnya kalau tak kosongkan minda ilmu baru susah nak masuk nanti akan ada banyak persoalan dan halangan yang tak sepatutnya berlaku.
2. Beri peluang pada diri sendiri untuk berubah.
– bab ni yang dikatakan jihad fisabilillah… jika kita benar-benar nak berubah… maka Allah dah janjikan balasan yang terbaik untuk anda yang berjuang untuk berubah.
3. Berikan tempoh masa untuk mula belajar sampai mahir.
– yang ni kena betul-betul jaga. sebab ianya proses pembelajaran pembentukan jiwa. ianya memang perlukan masa. untuk anda yang sedang membaca ni pun mengambil masa yang lama untuk cantik, lawa, hensem dan bergaya kaannnn… kita tak der kacang ajaib macam cerita “jack and the beanstalk” malam ni tanam esok dah tumbuh pokok sampai ke langit.
4. Jangan malu untuk bertanya.
-yang ni pun satu hal juga. kalau tanya kang nampak nau yang kita ni tak tahu sungguh. kena gelakan pulak nanti jadi viral satu malaya… untuk menuju ke syurga Allah pemikiran ni kena buang jauh-jauh. Dah memang Allah ciptakan kita memang selalu lupa. jadi jangan risau sebab dalam kelas nanti semuanya sama… tak kira apa pangkat sekali pun… just be happy .